...AKU SANGAT BERBANGGA...

Aku bangga aku boleh menulis dan berkomunikasi dalam BM..Post ni bersangkutan ngan ayat aku dalam previous post aku iaitu “ pergh..aku rasa cam sengal lak bila menulis dalam bahasa omputih neh..padahal English aku sejak dari skolah tadika lagi memang tahap “power” ..Sebenarnya bukan aku tak nak tulis post dalam english..ada banyak sebab, korang nak tau tak sebabnya.. Meh sini aku nak story sikit kat korang apasal..
1)   Aku org Melayu dan tinggal kat Malaysia..Abis tu sapa lagi nak menulis ngan bercakap BM?? X kan nak harapkan org yg kat Nigeria tu..Aku ada satu crita tentang sikap aku yg selalu memandang tinggi pada BM..

Situasi 1

Situasi ni berlaku masa aku tgh buat presentation untuk Final Year Project aku ( gila la..aku boleh buat hal masa tu ). Masa tu panel soal aku..macam2, benda yang dah ada dalam Slide Presentation, Report ngan Technical Paper aku pun dia boleh tanya lagi. Memandangkan aku tau dia tu panel, aku pun jawab la jugak. Masa aku jawab, dia masih macam blur tahap gaban lagi. Dan ni dialog ktaorg..

Aku: Ko apahal?? Ko x paham BI ke atau BI aku yg terlalu excellent?? ( dialog ni aku cakap dlm hati je..gile hape aku nak cakap..kang x pasal2 aku kena extend..haha )

Serious cakap..muka dia memang cam x puas hati je..so aku assume BI dia sama level ngan aku je..Mana x, aku dah terang berkali2 masih gak x paham..Untk menjernihkan keadaan aku  cakap cam ni..

Aku: Sir, may I answering your question in BM?

Mungkin panel tu ingat aku peril dia kot, terus dia jawab camne..

Panel: No, you present in English and you should answer my question in English..

Pergh..baru padan muka aku..tu la, nak mempertahankan pnggunaan BM x kena tempat..naseb baek ar result aku ok..kalau x..aku nak g ambek tusyen untuk subjek FYP..haha
2)  Bahasa Melayu tu penting korang tau x?? Apply kerja ngan kerajaan pun paling koman kredit BM..Bukan tu je..korang caye x kalau aku kata BM penting kalau nak jadi pelakon??Kalau korang x caye,jom kita hayati dialog yang aku pernah dgr dalam sebuah drama yang pernah ditayangkan di stesen  televisyen di Negara kita..( sengal, skema abes ayat aku )..

Situasi 1

Detektif Lim: Selamat pagi tuan, tuan ada baca akhbar semalam?

Tuan Razlan: Ada, berkenaan dengan kes ah long dan pembunuhan itu ke Lim?

Detektif Lim: Ya tuan. Menurut berita dan informasi yang kami terima, kegiatan mereka semakin berleluasa dari hari ke hari tuan. Malah, mereka sanggup membunuh untuk mendapatkan semula wang mereka tuan.

Tuan Razlan: Ya, saya juga ada menerima laporan mengenai perkara itu. Antara faktor yang menjadi punca kepada berleluasa kegiatan ini adalah disebabkan sikap rakyat kita sendiri yang hanya memandang ringan akan hal ini.

Ni kalau korang dapat watak jadi polis, kalau watak penjahat pulak??

Situasi 2

Penjahat: Bos, bos ada baca surat khabar semalam??
Ketua Penjahat: Ya,mulai dari hari ini, arahkan semua orang- orang kita supaya sentiasa berwaspada.Nampaknya pihak polis sudah berjaya menghidu aktiviti kita, dan kebarangkalian untuk mereka menyerbu tempat kita adalah tinggi.
Penjahat: Bukan itu sahaja bos, pihak polis malah sudah dapat mengesan strategi- strategi kita.Kita harus menukar dan menyusun semula strategi kita bos.
3)  Ok..sebab last..korang rasa kan, kalau aku buat post dalam English ni..korang paham ke??haha..Nanti x pasal2 hari2 aku kena bukak kamus sebab nak update blog..pastu aku punya post pun setahun sekali..skrang korang faham x kpentingan BM..BM sangat penting dalam hidup aku..korang aku x tau ar camne..

...ABOUT ME...

Hi. I'm Intan a girl from an "outskirt" of Sarawak, looking for the bests for my life.Everyone sees who I appear to be...But only a few know the real me...You can only see what I choose to show...And what I can say that I can be sometimes unpredictable...So check out on your own...Get to know me more and always be in my blog...And you will know the real INTAN..

# pegh..aku rasa cam sengal lak bila menulis dalam bahasa omputih neh..padahal english aku sejak dari skolah tadika lagi memang tahap "power"..haha..